Saturday, February 6, 2010

huargh

aku semakin malas menulis,lantaran itu ilham yang muncul bagaikan angin lalu menghembus muka. tak merbahaya,tak kaya,tak mengapa.

kalau menulis pun,apalah sangat ertinya buat manusia sejagat,nama tak bertempat,rupa tak berada,tak tahu asal usul turunan mana.bukan pedoman masyarakat,bukan lidah ternama,bukan apa.

kadang-kadang mual hendak menulis.Bukan apa,fahamanku menulis untuk menyampai,memberitahu pada yang perlu tahu,tapi rupanya makin banyak menulis semakin realiti menjauhi. Niat rupanya tak sampai. Hajat terbengkalai.

siapa yang menghargai?,orang itu yang menghargai.mereka kenal mereka sendiri,terima kasih sudi mendengari,walaupun bukan di dalam lingkungan rapat sosialku,namun kalian manusia-manusia hebat.pembawa erti kemanusiaan sejagat.sayang kalian hanya segelintir.

bukan bermaksud akan berhenti.selagi jantung mengepam darah,selagi pintu sukahati belum tercipta,walaupun bukanlah lapanganku,aku akan terus menulis,walaupun kau tak mahu.

terus-terang aku tidak pernah menyimpan dendam,mahupun rasa tidak suka pada sesorang di lingkungan perkawananku,jauh pula ingin berasa sombong,jadi jangan percaya ekspressi mukaku. tak percaya tanyalah aku,kalau kau berani.

aku semakin malas dan pengotor.semakin hebat dalam tidur,semakin kuat merokok,aku tahu punca sebenar.namun aku tak mahu terima,sangat malas untuk merasa salah.

Wednesday, February 3, 2010

s e r i k a n d i

cukuplah sudah tangismu,
jangan kau rayu nasib tak tentu,
bukan pintamu aku tahu,
berhenti menangis wahai serikandiku,

kesat air di bening matamu,
bukalah hati seluas pandangmu,
lihatlah warna-warna di dunia,
terlalu awal untukmu berduka,

bukankah segalanya sudah tercipta?,
apakah perlu untuk ku cerita,
bagaimana nasib dihujung takdir,
bagaimana kau lupa bila gembira,

aku bukan siapapun kau perlu,
bukan misteri yang ingin kau tahu,
hanya disini sebagai latar,
menahan seksa permainan jiwa,

serikandi jangan lagi kau bersedih,
sebentar lagi ku bawa cinta,
hapuslah bayang dalam renungmu,
kerana milikmu akan tiba,

Monday, February 1, 2010

peminta kasih lorong 22

aku hina,kau permata,
aku luncai,kau puteri,
namun aku jatuh cinta,
bila matamu memberi,

aku gila,kau tak sedar,
aku sedar,kau membenci,
tapi kau cintaku yang tegar,
sayang kau tak mengerti,

apalah daya lidahku kelu,
hanya bertinta jua mampuku,
entah apa nasib pintaku,
entah kau benci,entah kau malu,
jangan biar ku sendiri,
menanggung rindu gila bayang,
bunuhlah diriku jangan dinanti,
andai terlarang menyebut sayang,

pabila datangku kau sedari,
jangan pula kau sembunyi,
biarlah mata menatap sayu,
sekadar mengubat masa laluku,

namun,
jika atas nama benci,
tak mampu untuk kau kasihani,
ucapkanlah dihadapanku,
biar terusir aku dari hidupmu,
lantaran rupaku begini,
aku sedar aku bermimpi,
tak mungkin cinta berbunyi,
selagi aku yang menanti,

pemuja

cinta terbang disitu,
menunggu disahut,
melebur jisim egois,
menguak tirai takdir,
menuntut perhubungan,
menjiwai akal,
mengakali jiwa,

cinta hinggap disitu,
menebar spora ke udara,
memancar aura ceria,
menyubur benih kasih,
menyihir hening malam,
butalah jiwa sang arjuna,
tidak...

hiduplah dalam penafian,
memuja bayangan sanga bulan,
sedang terang di tasik tenang,
tak sedar bulan tinggi di awan,
sampai angin datang bertandang,
hilanglah bayang dialun riak,
hilanglah bulan dibalik awan,
hilanglah pujaan,

bagaimana akan nasib?,
menanggung duka seorang diri,
bila takdir yang menanti,
membawa cinta terbang pergi,

Wednesday, December 16, 2009

pasrah

Diremuk redam berpanjangan,
direndam airmata disiang cinta,
parut seribu tak rata lagi,
kudis dan nanah jadi hiasan,

terhentak nescaya retak,
dijahit sambung pula seadanya,
pahit perit yang ditelan,
tak mahu pula membuangnya,

berdegup seadanya,

Thursday, December 10, 2009

t e r i m a k a s i h

Terima kasih,
pada yang memahami,
engkau sangat ku kasihi,
terima kasih,

terima kasih,
untuk masamu menonton air mata,
untuk akalmu buat bicara,
untuk perhatianmu pada si duka,

terimalah kasihku,
apa mampuku memberi tanda,
padaku jarang yang berharga,
hanya rasa yang mampu ditinta,

ku harap engkau teruskan ada,
sampai selesai tonil derita,
kenang-kenangan hidupku yang ada,
sebelum tidur di alam baqa,

Tuesday, December 8, 2009

hanya sehasta

betapa aku cuba memiliki,
hanya sial yang mendatang,
terhempas karam terhanyut lari,
bila sekuat hati cuba ku genggam,

dan aku cuba menanti,
penanti tak bererti,
rupanya tak mendekat lagi,
tak akan kembali lagi,

sehasta tak mungkin bertaut,
hanya sehasta katanya,
mafhumlah aku isi hatinya,
maka sedepalah akan sehasta,

aku dan kau tak sama,
telah nyata dahulu ku buta,
kini ku sedar alam nan nyata,
hanya khayalku yang sempurna,

Monday, December 7, 2009

sepetang di tasik malaya

waktu enam petang ini,
pandang langit sana,
awan-awan tebal,
komposisi warna indah,
berbeza untuk setiap hari,

mana pelukis terhebat?
silakan tiru petang ini,
maha karya maha pencipta,
menjadikan dunia berwarna,
kehidupanku bermakna...

awan berlapis di setiap tingkat laratnya,
bergumpal-gumpal penuh zat-zatnya,
disadur sinar-sinar emas jingga,
muncul seribu bentuk yang kita kenal,
mana dia si pembuat arca?
tiru dengan seribu tanganmu,

hati kecil terasa lega,
hati besar berlapang dada,
kebesaran-Nya,

benar manusia,
tanpa sedar,
kau telah ada semuanya,

Sunday, December 6, 2009

khayal ku

khayalku,
ku lukiskan dengan hati,
cita-cita besar yang ku impi,

dalam alam khayalku,
sentiasa ku letak kamu,
teratas dalam khayalanku,

setiap khayalku,
ku ukir sifatmu sempurna,
yang terindah tiada cela,

namun khayalku,
belum rupanya kau sedar,
betapa susah payah akan aku menciptanya,

sayang khayalku,
angan-angan masa depan,
sekadar angin lalu padamu,

kerana khayalku,
peritnya derita ku rasa,
tak sama,berbeza rupanya,

kasihan khayalku,
tak mungkin dapat ku gubah bentuk,
dirimu seperti dalam khayalku,

khayalku,
biarlah kau tetap dalam khayalku,
tinggal jadi satu pengharapan untukku,

Sunday, November 29, 2009

November Rain

its been a month and 6 days in silence,
last year at this time i do things that i would laugh if i saw others doing it,
love really turning u upside down uh?,
so,what did the november taught me?
many,
but that's a different story,


now now,
there's someone i know,
let me tell you about him,



he have nothing for u to take,
well,sometimes taken for granted,
some call him a 'creepy',or 'chali',
fuck them they know nothing about him,
easily tempered,
gave everything just for bit of love,
term is stupid,
he don't really enjoy happiness,
it tends to broke him down easily,
sensitivity keep him safe,
harmless to human being,

abnormal for certain normal people,
zero dignity for some of his Friends,
easily to be misunderstood and be blamed,
a day dreamer but poor,
would fly to the moon,
just so one he love can see him,
again the term is stupid,
because he know he can never satisfied her,
they're just not meant to be together,
people are tired telling him to moved on,

only god knows what has got inside him,
seek things that don't exist only in his imagination,
search for one that would never stepped on this earth,
hoping just to get betrayed and the disappointment,
forced to believe human should work like robots,
think like robot,have future by means the money,
but he still believe good man are the poor and ugly,

please make him believe,
the world doesn't need a hero,
for all these pathetic 'good man'
he do realize that he can never change,
the world into his eyes,
so please tell him,
make him believe,
'good man' like him
made to fill in the lower caste,
not to step into the 'beauty world',
well fuck him,he is creepy,
fuck,
the worlds are hating him,

yeah that's me,

Friday, October 23, 2009

Kehadapan Bidadari Gunung Gading

Ada satu,
cuba menjagamu,
selalu menghantui,
walau tidak kau peduli,

kadang-kadang menyanjung,memuji,
kadang-kadang menyinggung,mencaci,
mengisar kata untuk kau cerna,
biar kau tahu suara hatinya,

bukan maksum,
bukan antagonis,
watak luar biasa besar jiwa,
watak yang hidup dalam si duka,

dititahkan akalnya,
ditafsir sang hatinya,
sebagai cermin untuk kau bertanya,
pengkritik tanpa kau meminta,

itu dirinya,
cuba-cuba berbuat mulia,
tak lelah kau bawa bicara,
setia berkhidmat percuma,

cuma,
kebodohan dari su duka,
terpalit merasuk waranya,
terlupa sebentar akan opitmis dirinya,
yang kau tancapkan pada semangatnya,

absurd?,belum lagi,
ampunkan dirinya,
mudah terbawa-bawa,
namun hatinya tiada dua,
tiada dua untuk segalanya,
walau kau idamkan bunga di bulan,
akan dia hadiahkan diatas ribamu,

kesal dirinya angkara si duka,
rajuk si duka ditanggungnya jua,
hendak kemanakan hatinya pergi,
hanya mampu menanti dan menanti,

bujuklah dirinya sang malaikat penjaga itu,
aku tahu kau sayang padanya,
jangan kau peduli bodoh si duka,
lambat laun lenyaplah dirinya,

Thursday, October 22, 2009

Lupakan Kesedihan dan mengarutlah sebentar

Sambungan...

Dan syahdan tatkala senang-lenanglah sedang kita menitik papan kenari datang angin hendak berpuisi. Sekonyong-konyongnya datanglah gerangan seorang pemuda bau tengik mengambil tempat duduk sebelah sahaja dengan kita, mahu rasanya membelikan rexona untuknya tapi-tapi takut pula kita jika tersinggung akan dirinya dengan perbuatan kita maka kita biarkan sahaja. Cuma kita tiadalah senang melihat ulahnya. Cukup dengan ketengikkannya, mukanya pula masam, mendengus mengeluh melihat kita seolah-olah kita ini akan membawanya sial sahaja. Tak mengapa kita biarkan jua, maka kembalilah kita kedalam kekushyukkan menghadap alam maya yang banyak memutar cerita orang kebanyakkan itu.

Namun tidak lama hanya barang sekejap kita lupa akan betapa menjengkelkan gayanya itu kembali pula ia mencari perang. Di hentak-hentaknya tetikus itu seolah-olah binatang itu pernah curang pada dirinya. Dan tidak semena-mena dengan rupanya itu meluncur lajulah akan jarinya menitik diatas papan kenari itu dengan pantas dan kasar bunyinya sampai ke hadapan muka juruwang pun dapat mendengarnya, maka kita pun terasa amat dengan gayanya itu. Seolah-olah berkata ia pada kita, "lihatlah aku ini,kalian mana tahu aku ini pemain kenari yang hebat,terujalah padaku sekalipun tiada aku mahu peduli,". Syahdan selesai jua bayangan tafsiran sendiri tentang lakunya itu, sekonyong-konyongnya datang rasa tercabar kita dan terpacullah andrenalin yang termendap lama pulang datang memicu semangat kelahi kita.

Arakian tiadalah sampai akan setengah kekuatan kita guna. Namun dapat jua kita atasi kepantasan jarinya, dengan jurus permainan papan kenari yang telah lama kita kuasai selama menyertai kaum lanun dimasa kekuasaan empayar webnet@webchat yang telah menjadi kenangan itu. seraya itu terkejut jualah dirinya melihat kita berani membeli pantunnya, maka tiadalah ia mahu mengalah dan mengekorlah pula bunyi papan kenarinya dibelakangi oleh bunyi papan kenari kita, namun pemuda tengik itu tiadalah dapat jua menang tangan kerana bukan calang-calangnya kita pemain papan kenari tidak seperti orang kebanyakkan. kita ini orang yang pernah gemilang namun jatuh berkali-kali tidak berhenti-henti dan mati-mati. Lagenda layaknya jika ingin meriakkan diri. Maka datang kemaluan datang menakik pada pancaran kekalahan di muka pemuda tengik tersebut, sedarlah ia akan bahana menunjuk-nunjuk namun cuba dibawanya bersahaja. Tiada jua kita peduli kerana tahulah kita kemenangan telah bergelung riang menari di dalam hati.

Pukul 11:11,Tak dapat dicari,Mudah terjumpa kalau tak peduli

Suatu malam yang hiba, di salah sebuah siber kafe terkemuka di kota samarahan. Aku mengambil tempat pada komputer yang paling hujung. Tidak peduli pada manusia-manusia yang tidak menganggu tepi kain orang. Klik demi klik, lagu ku pasang, layar ku buka dan kerja bermula.

Bersantai, berbicara dalam maya dengan rakan-rakan,bertukar kisah. Mengadu tentang rindu dan nasib yang mempermainkan. Anehnya hidup,kadang-kadang orang lain lebih nampak apa kita buat dan kita rasa untuk seseorang,dari seseorang itu sendiri nampak dan rasa apa yang kita buat dan kita rasa. Mungkin juga mereka nampak dan mereka rasa cuma belum cukup syarat untuk mereka mengakui, biarkan.

Namun dalam seketika aku jadi terharu. Jari-jari jadi kaku untuk membalas pendapat seorang kawan yang tidak pernah berkias atau malu-malu jika bersuara. Tegas, straight to the point. aku jadi tunduk,terkepung dengan kata-katanya. Hanya air mata menepi sebagai tanda akur walaupun dia tak nampak muka aku macam laki mati bini, tapi aku tahu dia tahu aku tahu apa yang dia rasa aku rasa. Ah, benar-benar menerobos menerawang dalam relung dadaku dan menganalisisnya, entah jin apa dipakainya sampai aku tidak mampu menidakkan hatiku sendiri. Dan anehnya aku rasa, dalam mencerna peluru-peluru kebenaran itu, kebodohan yang aku topengkan pada diri sendiri seperti hilang menjadi kabus yang melesap naik ke atas langit sambil ketawa. Namun kebodohan itu akan datang semula aku tahu, bila-bila masa sahaja, boleh jadi ketika memeriksa akaun yang menyedihkan di bank islam,atau ketika sedang menunggang motorsikal, tapi itu cerita lain. Cukup dngan santai, aku memfokuskan diri berlagak menjadi seorang koresponden untuk penulisan akademik seorang rakan sambil menulis entri terbaru untuk blog anasnamasaya.

bersambung...

g r a v i t i

Aku dalam engkau,
engkau ada dalamku,
satu keberantakan,
dalam cerita satu hari,

kata dua ku beri,
jangan kau peduli,
kalau kau cari,
maka jangan berhenti,

dalam tiap potongan mozek hidup,
akan ada aku,
di satu sudut berdiri,
kalau kau mahu peduli,

kau graviti,aku pendaki,
kemanapun aku daki,
kemana pun aku pergi,
kau tetap jadi graviti,
graviti tetapan hati,
tak dapat ubah ganti,
terkunci mati,

Wednesday, October 21, 2009

Kau percaya tak?

ada manusia yang kau cinta,
sampai kau buta akan jahat hatinya,
benar-benar jahat hatinya,
kau percaya tak?

kalau dia benar-benar mual dengan rupa kau,
kalau dia benar-benar bosan dengan diri kau,
kalau dia benar-benar cuma niat berkawan dengan kau,
kau percaya tak?
kau terima tak?

dia benar-benar rimas dengan kau,
dia benar-benar tak peduli pada kau,
dia benar-benar tak simpan perasaan untuk kau,
kau masih tak percaya?

kau cinta dia sepenuh hati,
sampai kau sendiri balik jalan kaki,
walaupun dia cuma perlu teman pergi cc,
kau dah girang gila babi,

kau rindu dia sampai nak mati,
sanggup tahan makan maggi,
ikat perut sebab dah dah janji,
hujung minggu pergi joli,
tapi janji tinggal janji,

kau masih tak percaya?
:)

bukan dia yang jahat,
dasar otak kau rosak,
mana ada bidadari di dunia,
mengharaplah sampai gila,

kalau kau tanya aku,
aku tak percaya,

bidadari aku ada,
aku yang cipta,
cuma bukan aku,
dia nak terima,

aku dah gila,
kau percaya?

tiba-tiba aku teringat,
robert smith pernah kata,
cinta ibarat pasir,
genggamlah sekuat-kuat hati,
tetap lari ikut celah jari,
kau sendiri yang rugi,

dulu dalam mirc,
ada yang cakap kat aku,
cinta macam rama-rama,
penat kau kejar sana-sini,
cuba kau buat bodoh dan diam,
tengok apa jadi,

itu mereka cakap,
memang betul,
apa kena mengena?
faham sendiri sudah,
aku?
:)

aku tak percaya,
dia masih bidadari aku,
dan aku malaikat penjaga,
jaga dari jauh di hujung tasik sana,


ini bukan 'happy ending'
cuma puisi sedapkan hati,
tunjuk bukti bidadariku jahat,
aku tak akan percaya,

aku bodoh?
:)

Aku Siapa?

kalau,

gelak,ejek,telanjangkan aku sekalipun,
hina aku depan kawan-kawan kau,
aku masih dapat sabar,
aku masih sayang kau,

halal untuk kau gelak buruk rosak rupaku,
halal untuk kau tunjuk muka jengkel padaku,
halal untuk kau hina penghargaanku,

tak apa,
aku boleh terima,
aku cuma boleh sabar,
:)

lebih dari itu aku pernah rasa,
tak mengapa aku dah biasa,
cuma,aku harap kau tak lupa,
aku siapa,aku siapa,aku siapa,

kalau kau ingat aku siapa,
barangkali kau tak buat itu semua,
tapi tak mengapa,aku terima,
aku masih sayangkan kau,

biar aku belajar redha,
biar aku ambil hati,terasa,
biar aku diejek,dihina,
biar aku bersabar,tak apa,
aku sayangkan kau,
aku tahu kau tahu,

cuma,
ingat kembali aku siapa,
ungkit kait memori lama,
mungkin kau dah lupa aku siapa,
yang kau takkan terbayar,
upah dan harga hati nya,

aku sayangkan kau,
hanya itu buat aku lupa,
rasa apa yang aku rasa,
bila kau lupa aku siapa,

tak ada apa-apa,
cuma mungkin aku terasa,

catatan hari kedua

kenapa takdir main-mainkan aku?
bila nak tengok kau dia tak bagi,
bila aku nak hilang dia hantar kau acah aku,
hari-hari jadi tak senang,

asal tidur mimpi kau,
asal mimpi kau aku terjaga,
sampai aku takut nak tidur balik,
aku takut nak pergi bank,

tak aku tak benci kau,
aku sangat sayang kau,
tapi aku tak boleh kacau kau,
kau dah cukup dengan kawan-kawan kau,

kita tak sama,
ibarat aku sijil
dan kau diploma,
mana sama,
bukan 'sindirwara'
bukan tagih simpati,
:)

harap kau faham niat aku,
aku cuma beri apa kau perlu,
dan aku tak pernah henti menunggu,
tak masuk akalkan?aku tahu,

tak apa,
masih ada panggilan hayat,
infiniti beberapa kali,
walaupun aku bukan malaikat,
aku terbang kalau kau cari,

baru dua hari,
aku rasa nak mati,

monolog bas 10A

nak jumpa dia,
tatap muka dia,
bagi dia senyum,
ucap ayat-ayat manis,

ah,mimpi lagi,
rindu?ya rindu,
sakit?tak pernah habis,
habis?apa yang aku buat?
oh bunuh diri sendiri,

tak tahan,
rasa nak mati,
tapi tuhan tak bagi,
kuatkan diri?nak mati...

rindu sangat,
sayang gila,
tapi kalau dapat,
hati tetap seksa,

dia tak apa-apa,
aku?merana,
menyesal?bodoh,
padan muka aku,

agak-agak,
dia rindu tak?
sayang tak?
peduli aku tak?

mungkin,
mungkin tak,
dia hebat,kuat,
aku?bodoh...

sapa suruh hilang,
sapa suruh sayang,
tak serik-serik,
padan muka aku,

Resipi Vokal Cantik

Bahan-bahan:

3 biji pil tidur,
2 biji pil migrain,
1 biji panadol,
1 gelas air kosong,
1 tin coca-cola,
1 cawan kopi pekat,
1 bungkus rokok panas,
1 bungkus maggi laksa,

cara-cara membuat:

-masukkan 3 biji pil tidur,2 biji pil migrain ke dalam perut bersama air kosong, tunggu sehingga kembang,
-sambil menunggu hisap berbelas batang rokok tanpa henti,
-setelah muntah,masukkan panadol bersama coca-cola, gaul hingga rata sehingga mulut berbuih.
-proses boleh dilakukan dengan selang setangah jam menghisap rokok.
-jika urat migrain telah bertemu dan mata terasa hangat,nyanyikan sebuah lagu dan tuning suara mengikut citarasa sendiri secukup rasa.
-setelah mendapat setting suara yang sesuai,uji suara di dalam mangkuk tandas.keluarkan semua bahan2 tadi.
-supaya suara cantik bertahan lebih lama,masukkan maggi laksa kuah pekat dan secawan kopi panas.
-untuk efek yang lebih menarik,hisap 3 batang rokok sekaligus.
-kaedah ini berkesan dilakukan selepas dinihari dan sebelum menjelang subuh.

*pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan jiwa yang terencat ingin mencuba, resipi diatas sesuai untuk golongan yang tidak takut mati dan penggemar ulat sampah sahaja.

Tuesday, October 20, 2009

raksasa laut china selatan

nanti,
kalau dia datang,
berhati-hatilah,
siapa?

jangan dekat,
jangan pandang ,
jangan tegur,
jangan peduli,

gemuknya dirinya,
sakitkan mata,
buruknya dirinya,
memual selera,
hodohnya dirinya,
bukan manusia,
sialnya dirinya,
bawa bencana,
malangnya dirinya,
selalu diketawa,

entah dari mana,
datang mencemar bumi,
entah mengapa,
tak mati-mati,

jangan dekat,
jangan pandang,
jangan tegur,
jangan pernah peduli,

kalau dia datang padamu,
lari,jangan dinanti,
dia akan ada disekelilingmu,
sentiasa datang dan pergi,
merayu padamu cinta dan hati,
jangan pernah peduli,
entah mengapa mencemar bumi,